Permohonan dan Semakan Online Wang Tak Dituntut (WTD)

Permohonan dan Semakan Online Wang Tak Dituntut (WTD)

eGUMIS: Panduan Semakan Wang Tak Dituntut Online

Berita baik buat semua rakyat Malaysia! Tidak lama lagi akan wujudnya satu sistem semakan online bagi Wang Tak Dituntut (WTD) dan ini sekaligus memudahkan semua orang.
Jika pada mulanya anda perlu beratur di kaunter Wang Tak Dituntut (WTD) untuk membuat semakan, tetapi selepas ini anda boleh menyemak status anda hanya dihujung jari sahaja.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) mengambil langkah proaktif dengan membangunkan portal semakan dan permohonan dalam talian khusus bagi urusan tersebut.

Semakan WTD Online

“Jabatan Akauntan Negara Malaysia akan turut menyertai Pusat Transformasi Komuniti Mudah Alih anjuran Kementerian Kewangan bagi membolehkan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar mengakses dan menyemak status wang tidak dituntut,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Fauzi Zahari tentang langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terhadap kewujudan wang tak dituntut.
Mengikut laporan, sehingga 31 Oktober 2017 jumlah wang yang tidak dituntut adalah RM5.96 bilion dengan 70 peratus daripadanya disumbangkan oleh urusan perbankan seperti akaun simpanan, akaun semasa dan akaun simpanan tetap yang tidak aktif selama lebih tujuh tahun.

 ——————-

Cara Membuat Tuntutan WTD eGUMIS

Cara Membuat Tuntutan WTD eGUMIS

Apabila Pendaftar WTD berpuashati bahawa pemohon adalah empunya yang sah, Pendaftar akan membayar kepada pemohon Wang Tak Dituntut dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan.

Pemohon perlu menyakinkan Pendaftar WTD bahawa beliau adalah empunya sah atau mempunyai hak di sisi undang-undang ke atas WTD tersebut.

Tiada tempoh masa yang dihadkan bagi permohonan tuntutan WTD.

Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian. Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal. 
Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan sementara yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu. 
Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna. 
Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)

Pendaftar WTD telah menetapkan garis panduan permohonan tuntutan WTD dengan menyenaraikan dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan (Sila rujuk Brosur Garis Panduan Permohonan Tuntutan WTD).

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi pejabat pendaftar WTD di alamat berikut:
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut,
Tingkat 42, Menara Maybank
100 Jalan Tun Perak
50050 Kuala Lumpur
Tel: 03-2056 8000
Faks : 03-2072 5707 /2026 7430

Advertisement



(Visited 329 times, 1 visits today)

Leave a Reply