Semakan Online Permohonan Bantuan Sara Hidup Bujang 2020 (BSH Bujang) RM300
SEMAKAN DAN PERMOHONAN BSH BUJANG
Sukacita dimaklumkan bahawa Bantuan Sara Hidup Rakyat bagi kategori bujang kini dibuka semula. Ia susulan daripada pengumuman Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng. BSH kategori bujang sebanyak RM300 akan mula dimasukkan ke dalam akaun penerima mulai penghujung Mac 2020.
Permohonan BSH bujang boleh dilakukan mengikut butiran berikut.Menurut Menteri Kewangan, penerima wang BSH sebanyak RM300 itu nanti mula dikreditkan pada penghujung Mac 2020. Senarai penerima BSH bagi kategori bujang diambil daripada pangkalan data BSH tahun 2019.
Untuk info, kategori bujang tidak perlu membuat kemaskini kerana data penerima akan diguna daripada tahun 2019. Bagi golongan bujang yang telah menerima BR1M pada 2019, secara langsung akan menerima BSH bujang 2020.
Namun berdasarkan info terkini berikut disenaraikan individu yang tidak layak menerima bantuan sara hidup rakyat tahun ini, antaranya:
- Pendapatan melebihi RM4,000 sebulan
- Menetap di luar negara
- Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak
- Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan
- Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal
- Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
- Pemegang saham / pengarah syarikat
- Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000cc
- Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc
- Memiliki motosikal melebihi 500cc
- Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA HIDUP BUJANG
Jumlah bayaran adalah seperti berikut:
- B40: RM1000
- B40 BUJANG: RM500
- M40: RM600
- M40 BUJANG : RM300
Semakan Status BPN 2.0
Anda boleh membuat semakan dengan melayari: https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatusBPN.aspx
Cara Mohon dan Syarat Klik Sini
Advertisement