Diskaun Saman 50% Untuk Pembayaran Online | MyBayar Saman

Sempena Hari Polis ke-214 tahun 2021 ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini tampil dengan perkhidmatan digital baharu dan penawaran diskaun sehingga 50% melalui Portal dinamakan sebagai MyBayar Saman.

Pengenalan perkhidmatan ini adalah selari dengan usaha kerajaan dalam mendigitalkan sejumlah perkhidmatan kerajaan sedia ada.

Apakah MyBayar Saman?

Perkhidmatan digital terkini yang baru dilancarkan ini bertujuan memudahkan pengguna melakukan bayaran saman trafik dengan mudah terus kepada pihak PDRM secara atas talian (online).

Dengan pelancaran aplikasi dan Portal ini, Kempen Bayar Saman turut menawarkan pengurangan kompaun sehingga 50%.

Pendaftaran MyBayar Saman

Berikut dikongsikan cara membuat pendaftaran online di aplikasi atau Portal MyBayar Saman.

  1. Layari Portal MyBayarSaman : https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
  3. Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.
  4. Log masuk setelah selesai mendaftar.
  5. Buat Semakan Saman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
  6. Buat Pembayaran secara online untuk mendapat diskaun saman 50%.

Untuk makluman, aplikasi MyBayar Saman ini juga bakal ditawarkan di Google playstore atau Apple store.

Tarikh Diskaun Saman 50%

Diskaun saman sebanyak 50% melalui aplikasi atau laman web MyBayar Saman ini hanya akan ditawarkan dalam masa terhad.

Anda boleh membuat semakan dan bayaran dalam tempoh di bawah:

Tarikh mula : 25 Mac 2021

Tarikh akhir: 11 April 2021

Pengurangan ini adalah sempena Kempen Bayar Saman sempena Hari Polis ke-214 bagi tahun 2021.

Advertisement



(Visited 170 times, 1 visits today)

Leave a Reply