Cara Tukar Pakej Program Jaringan Prihatin

Kemaskini berkaitan Jaringan Prihatin 2021. Jika tuan/puan telah berdaftar untuk program Jaringan Prihatin dengan syarikat telekomunikasi terpilih dan ingin bertukar ke tawaran oleh syarikat yang lain, anda dibenarkan berbuat demikian sebanyak 3 kali sahaja.

ADAKAH DIBENARKAN UNTUK CANCEL/BATALKAN JARINGAN PRIHATIN YANG TELAH DIDAFTARKAN?

Ramai yang telah membuat pendaftaran bantuan Jaringan Prihatin secara tergesa-gesa tanpa membuat perbandingan dan pilihan yang tepat.

Maka berlaku kesilapan semasa membuat pendaftaran dan memilih pakej yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi.

Untuk makluman anda,anda boleh membuat pembatalan pakej yang telah didaftarkan.

INI CARA DAN KAEDAH UNTUK BATALKAN JARINGAN PRIHATIN (PILIH TAWARAN LAIN)

Berikut adalah cara untuk batalkan dan pendaftaran semula syarikat telekomunikasi:

  1. Sila hubungi syarikat telekomunikasi yang telah anda daftarkan untuk Program Jaringan Prihatin tempoh hari.
  2. Batalkan pelan Jaringan Prihatin yang sedang anda langgani.
  3. Lakukan pendaftaran semula dengan syarikat telekomunikasi baharu setelah 30 hari dari tarikh langganan terakhir anda.

NOTA: Anda layak untuk menukar sebanyak MAKSIMUM 3 kali sepanjang Program Jaringan Prihatin selepas 30 hari dari tarikh pendaftaran.

Baca Juga : Cara Mohon, Semak dan Tebus Program Jaringan Prihatin

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembatalan program ini, sila hubungi syarikat telekomunikasi yang terlibat.

Berikut dilampirkan laman web setiap syarikat telekomunikasi yang terlibat.

Untuk mendapatkan info lanjut tentang Program Jaringan Prihatin B40, KLIK SINI

Baca Juga : Cara Dapatkan Percuma Telefon, Data & Kandungan Pendidikan melalui Program Jaringan Prihatin 2021

Advertisement



(Visited 761 times, 1 visits today)

Leave a Reply