Cara Semak dan Tebus Program Jaringan Prihatin

Bantuan Terkini Kerajaan, Jaringan Prihatin – Subsidi Kredit

Kerajaan sebelum ini telah pun mengumumkan penawaran subsidi berjumlah RM2 bilion kepada 8 juta rakyat Malaysia, dalam mendapatkan subsidi sekitar RM180 seorang untuk yang tidak mempunyai anak, atau RM300 untuk mereka yang mempunyai anak berusia bawah 18 tahun.

Bermula hari ini, 5 Mei, para pengguna sudah boleh menyemak kelayakkan sama ada anda menerimanya atau tidak. Secara umumnya, sekiranya anda merupakan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), anda boleh mula mendaftar untuk menerima kredit subsidi ini melalui syarikat telekomunikasi anda.

Tarikh terakhir untuk pendaftaran Program Jaringan Prihatin ini adalah pada 31 Julai 2021 kelak. Subsidi Jaringan Prihatin akan diberi melalui pembelian pelan data atau pakej telefon pintar mana-mana syarikat telekomunikasi yang telah dipilih oleh penerima subsidi tersebut.

Celcom Tawar Telefon PERCUMA & penjimatan sehingga RM360

Nikmati tawaran Jaringan Prihatin yang disasarkan bagi kelompok B40 untuk golongan individu sebanyak RM180 atau isi rumah sebanyak RM300. Semak kelayakan anda di bawah sekarang.

Cara Semak dan Pendaftaran – Untuk CELCOMKLIK SINI

Digi Tawar Rebat Sehingga RM300

Cara Semak dan Pendaftaran – Untuk DIGI KLIK SINI

MAXIS | Nikmati subsidi RM180 atau RM300 untuk produk Maxis dan Hotlink yang layak

Cara Semak dan Pendaftaran – Untuk Pengguna MAXISKLIK SINI

Get RM180 worth of subsidies on your monthly plan or enjoy a FREE device!

Cara Semak dan Pendaftaran – Untuk Pengguna UMobile – KLIK SINI

Eligible unifi Mobile plans for Jaringan Prihatin Programme

Cara Semak dan Pendaftaran – Untuk Pengguna Unifi – KLIK SINI

Yoodo Tawar Sehingga 80GB Sebulan Untuk RM20 Dibawah Pakej Jaringan Prihatin

Cara Semak dan Pendaftaran – Untuk Pengguna Yoodo – KLIK SINI

YES | Jaringan Prihatin with YES Registration

Cara Semak dan Pendaftaran – Untuk Pengguna YES – KLIK SINI

Tunetalk – Melangkaui Hari Esok, Untuk Rakyat

Cara Semak dan Pendaftaran – Untuk Pengguna Tunetalk – KLIK SINI

XOX- Jaringan Prihatin Connecting B40

Cara Semak dan Pendaftaran – Untuk Pengguna XOX | OneXOX – KLIK SINI

Soalan Lazim

Apa itu Program Jaringan Prihatin B40?

Program Jaringan Prihatin adalah inisiatif oleh Kerajaan Malaysia di mana kira-kira RM2 bilion diperuntukkan untuk rakyat Malaysia yang memenuhi syarat untuk Bantuan Prihatin Rakyat (“BPR”), dalam bentuk pakej telco bersubsidi di dengan kerjasama Penyedia Perkhidmatan telekomunikasi.

Apakah manfaat yang akan saya dapat dari program ini?

Bantuan RM300 bagi pembelian peranti baru dan RM180 untuk pelan Internet.

Siapakah yang layak memohon?

Semua warganegara Malaysia yang memenuhi syarat untuk Bantuan Prihatin Rakyat layak untuk mengikuti program ini.

Bilakah saya boleh mendaftar program ini?

Pendaftaran untuk Program Jaringan Prihatin adalah dari 5 Mei 2021 hingga 31 Julai 2021.

Bolehkah saya memindahkan tawaran program ini kepada individu lain?

Tidak. Subsidi Jaringan Prihatin terikat dengan Kad Pengenalan pelanggan dan tidak boleh dipindahkan ke individu lain.

Bilakah tarikh akhir penebusan subsidi RM300 pakej peranti?

Penebusan RM300 subsidi pakej peranti akan berakhir pada 31 Julai 2021.

Sekiranya saya mendaftar, apa yang akan berlaku kepada data peribadi saya?

Semua data peribadi yang disediakan untuk program ini adalah milik Kerajaan Malaysia dan dapat digunakan untuk tujuan rasmi Kerajaan.

Baca Juga : Cara Dapatkan Percuma Telefon, Data & Kandungan Pendidikan melalui Program Jaringan Prihatin 2021

UNTUK INFO LANJUT BANTUAN 2021 KLIK SINI!

Advertisement



(Visited 4,396 times, 1 visits today)

Leave a Reply