Seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2020, Kerajaan akan meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk menjaminkan kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan B40 meringankan kos sara hidup mereka.Orang ramai disaran berwaspada apabila Kementerian Kewangan Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesan akaun Facebook dan Twitter palsu berkaitan pendaftaran Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020.
- Tarikh pendaftaran permohonan atau kemas kini adalah biasanya bermula pada bulan Februari 2020 sehingga bulan Mac 2020
- Talian bebas tol BSH telah ditukar daripada 1-800-88-2716 (BR1M) kepada 1-800-88-2747 (BSH) .
- Pemohon atau pasangan yang tidak mempunyai akaun bank semasa membuat permohonan BSH 2020 adalah TIDAK PERLU MEMBUKA AKAUN BANK bagi pengisian maklumat bank pada permohonan BSH 2020. Ini kerana, bagi permohonan yang lulus BSH 2020 dan tidak mempunyai maklumat akaun bank semasa permohonan BSH 2020 atau status pengkreditan ke akaun adalah tidak berjaya, pihak BSN akan membuka akaun bank (BSN) secara automatik semasa pembayaran BSH 2020.
- Status pengkreditan Bayaran Fasa Pertama BSH 2020 ke akaun (Berjaya Kredit / Gagal Kredit) akan mula dipaparkan pada Jadual Bayaran melalui semakan MyBSH > Semakan Status > Maklumat Bayaran mulai 15 Februari 2020. Oleh itu, penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2020 sendiri perlu membuat semakan pada penyata akaun bank yang telah didaftarkan semasa BSH 2019 bagi mengetahui status pengkreditan bayaran berkenaan.
- MyBSH telah dibuka bagi tujuan Semakan Status oleh pemohon yang layak menerima Fasa Pertama BSH 2020. Pastikan pemohon telah mendaftarkan Nombor Telefon Bimbit semasa Permohonan BSH 2019 supaya Nombor TAC dapat dihantar ke Nombor Telefon Bimbit berkenaan bagi membolehkan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status.
- Tindakan mengemas kini / mendaftar Nombor Telefon Bimbit bagi tujuan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status (bagi penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2020) boleh dibuat oleh pemohon sahaja dengan hadir ke LHDNM dan mengisi Borang Kemas Kini Nombor Telefon Bimbit (BK-21) mulai 15 Januari 2020.
SOALAN LAZIM (FAQ)
BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 20201. S: Apakah kriteria kelayakan bagi pemohon BSH 2020 berstatus kahwin?
J: Pemohon BSH 2020 yang berstatus kahwin perlulah memenuhi
kelayakan seperti berikut:
i. Pemohon
a. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
b. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang tinggal serumah dan
bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah
RM4,000 dan ke bawah
ii. Pasangan
a. Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pengenalan
b. Malaysia (MyPR / MyKAS); atau
c. Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR /
d. MyKAS) DAN mempunyai anak Warganegara Malaysia
e. (MyKad / MyKid)
iii. Anak (jika mempunyai anak)
a. Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak
angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
b. Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid)
sahaja; dan
c. 18 tahun dan ke bawah; atau
d. 19 tahun dan ke atas:
– Masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta; atau
– Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM); dan
e. Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan.2. S: Apakah kriteria kelayakan bagi pemohon BSH 2020 berstatus Ibu Bapa Tunggal /
Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak?
J: Pemohon BSH 2020 yang berstatus Ibu Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang
mempunyai
anak perlulah memenuhi kelayakan seperti berikut:
i. Pemohon
a. Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
b. Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga yang
c. tinggal serumah dan bekerja di Malaysia dengan jumlah
d. pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
ii. Anak
a. Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak
angkat yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja; dan
b. Warganegara Malaysia dan memiliki pengenalan Malaysia (MyKad / MyKid)
sahaja; dan
c. 18 tahun dan ke bawah; atau
d. 19 tahun dan ke atas:
– Masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Awam / Swasta; atau
– Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM); dan
e. Tidak bekerja atau tiada punca pendapatan.3. S: Apakah kriteria kelayakan bagi pemohon BSH 2020 berstatus Warga Emas Sebatang
Kara?
J: Pemohon BSH yang berstatus Warga Emas Sebatang Kara perlulah memenuhi
kelayakan seperti berikut:
i. Lelaki atau perempuan Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia
ii. Jika bekerja, pendapatan kasar bulanan adalah RM4,000 dan ke
iii. bawah.
Untuk permohonan secara atas talian (Online) boleh ke BPN Login di bawah:
Jumlah bayaran adalah seperti berikut:
- B40: RM1000
- B40 BUJANG: RM500
- M40: RM600
- M40 BUJANG : RM300
Semakan Status BPN 2.0
Anda boleh membuat semakan dengan melayari: https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatusBPN.aspx
Cara Mohon dan Syarat Klik Sini
Advertisement