eWallet RM150 Touch n Go | Cara Daftar dan Penebusan Kredit

Cara Daftar dan Penebusan Kredit Touch n Go eWallet

TNG eWallet menyediakan perkhidmatan seperti tambah nilai, pembayaran, dan pemindahan wang melalui telefon pintar anda pada bila-bila masa di mana-mana jua di Malaysia.

TNG eWallet menyediakan pelbagai perkhidmatan menarik yang memudahkan hidup anda.

  • Pindahan wang ke pengguna TNG eWallet yang lain
  • Tambah nilai prabayar telefon anda
  • Membayar bil utiliti dan pascabayar anda
  • Beli tiket wayang
  • Pembayaran kod QR di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
  • Pembayaran kod QR dinamik di peniaga yang menyertai program TNG eWallet
  • Untuk membayar tol melalui kaedah RFID dan PayDirect

Cara Daftar Touch n Go eWallet

  1. Muat turun aplikasi TNG eWallet sama ada melalui
  2. Hanya SATU ID sah (Mykad / Tentera / Pasport) untuk SATU akaun TNG eWallet dan setiap akaun hanya dibenarkan didaftarkan kepada SATU nombor mudah alih yang unik.
  3. Isikan maklumat dan butiran diri anda dengan lengkap.
  4. Anda akan menerima kod pengesahan untuk verifikasi.
  5. Setelah berdaftar, anda kini boleh menggunakan TNG eWallet dan menebus kredit percuma eBelia RM150.

Cara Tebus ePemula di Touch n Go (TNG eWallet)

Antara keistimewaan TNG eWallet adalah ia bukan saja boleh digunakan di hampir semua kedai-kedai fizikal.

Seperti juga GrabPay dan ShopeePay, anda juga akan dapat bonus serta ganjaran tambahan!

Jom tengok apa kelebihan dan cara tebus kredit ePemula di Touch n Go eWallet (TNG).

Cara untuk menebus kredit e-Pemula adalah seperti berikut:

  1. Pastikan anda memuat turun Touch ‘n Go eWallet
  2. Sila lengkapkan Pengesahan Akaun anda
  3. Kemudian aktifkan pengesahan IC dan selfie
  4. Lengkapkan butiran peribadi anda pada ruang yang disediakan.
  5. Dah settle? Sekarang anda bolehlah tuntut kredit RM150 berserta bonus-bonus hebat – khas untuk penebusan terawal sahaja!

Dapatkan lebih maklumat di https://www.touchngo.com.my/epemula/

Baca Juga : Inisiatif Bantuan Beli Telefon RM300

Advertisement



(Visited 13,293 times, 1 visits today)

Leave a Reply